Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'IGP silap, tak subjudis EAIC lapor kematian tahanan'
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 3:35 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Peguam yang mewakili keluarga N Dharmendran yang mati ketika berada dalam tahanan polis pada tahun 2013 berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar silap apabila mengisytiharkan laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung kematian dalam tahanan sebagai subjudis.

"Ketua Polis Negara silap mengenai perkara ini," kata peguam, N Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berhujah kenyataan ketua polis negara bahawa siasatan EAIC adalah subjudis menurut Seksyen 26 (4) (f) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009, tidak berasas.

Ini kerana, katanya, manakala Seksyen 26 (4) (f) yang dipetik Khalid memberi kuasa kepada Jawatankuasa Aduan untuk mencadangkan bahawa siasatan tidak perlu diteruskan kerana kes mahkamah yang belum selesai, peruntukan lain dalam akta yang sama membolehkan suruhanjaya itu untuk meneruskannya apabila terdapat kepentingan awam.

"Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 27 (5) dan (6), suruhanjaya itu mempunyai budi bicara untuk meneruskan siasatan, tanpa mengira sama ada kes belum selesai di mahkamah.

"Oleh itu, subjudis tidak menghalang EAIC daripada meneruskan siasatan itu dalam keadaan yang sesuai," kata Surendran.

Beliau menjelaskan bahawa fungsi EAIC berbeza daripada mahkamah kerana suruhanjaya itu juga mengkaji siasatan dan pencegahan salah laku di kalangan anggota atau agensi penguatkuasaan.

"Fungsinya adalah supaya memastikan dan menggalakkan integriti di semua agensi penguatkuasaan di negara ini.

"Adalah jelas demi kepentingan awam bahawa laporan EAIC dalam kes ini disiarkan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS