Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco: Bekalan air di Selangor mencukupi
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 3:36 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi dan paras air di empangan negeri ini juga berada pada tahap selamat.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib ketika dihubungi berkata setakat ini tiada sebarang gangguan bekalan air di Selangor walaupun negara berdepan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

"Buat masa ini kapasiti takungan air empangan menunjukkan paras melebihi 60 peratus yang mana berada di atas paras kritikal (30 peratus paras kritikal).

Dengan kekerapan hujan sejak kebelakangan ini, kita yakin tiada gangguan air akan berlaku sehingga cuaca kembali normal (daripada cuaca panas) menjelang akhir bulan depan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun pihaknya akan tetap membuat pemantauan berhubung situasi air di empangan bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna.

- Bernama

Lihat Komen
ADS