Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Portal pro-Najib cabar Mahathir fail injunksi tangguh BR1M
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Sebuah portal yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meneruskan kempen menentang pemberian BR1M ke peringkat seterusnya.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini, Mykmu.net menyoal ama ada Dr Mahathir mempunyai keberanian untuk memfailkan injunksi terhadap pemberian kerajaan itu atas alasan bahawa ia adalah satu bentuk rasuah.

Portal itu berkata mereka yang menuduh pemberian BRIM sebagai rasuah adalah "bodoh".

Ini kerana, katanya seseorang mesti memohon untuk menentukan jika mereka layak menerimanya, dan terdapat juga proses untuk membuat rayuan sekiranya permohonan tidak berjaya.

“Rasuah kena mohon ke?” soal portal itu.

Ia juga berkata bahawa pemberian BR1M telah dilakukan selama bertahun-tahun, tetapi tiada sesiapa yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Come onlah, yang terima lebih 7 juta, takkan satu pun takde (membuat laporan)?

“Yang banyak bercakap BR1M rasuah macam Mahathir itu pun sama, dia cakap saja, repotnya tak juga,” katanya.

Menurut portal itu, BR1M, antara lain, adalah duit penjimatan dari penghapusan subsidi seperti minyak dan gula.

Mahathir bagaimanapun sentiasa mengkritik skim pembayaran itu dengan mendakwa bahawa ia tidak sempurna dan perlu dihentikan.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib percaya bahawa "wang adalah raja" dan meneruskan skim itu untuk mendapatkan sokongan.

Kerajaan, sebaliknya, kata beliau, harus mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat dan menyediakan latihan yang diperlukan.

Najib memperkenalkan BR1M pada 2012 yang dipertahankannya sebagai penting bagi golongan yang memerlukan dan membantu mengembangkan ekonomi tempatan.

Lihat Komen
ADS