Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naik gaji RM1,000 setahun jika negara pendapatan tinggi

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi peringatan mustahil untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, jika gaji minima nasional tidak dinaikkan sebanyak RM1,000 setahun bermula tahun ini.

Mulai 1 Julai, gaji minimum berlegar dari RM920 ke RM1,000.

Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata, ia berdasarkan angka-angka yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam ucapannya semasa melancarkan Program Transformasi Nasional 2015, minggu lalu.

“Berdasarkan angka-angka itu, purata pendapatan bulanan setiap individu ialah RM3,000. Untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, purata itu mesti dinaikkan sekurang-kurangnya RM5,000.

“Jadi, pastinya kita tidak dapat mencapai sasaran berkenaan,” katanya.

Dalam ucapannya, Najib berkata, pendapatan per kapita nasional telah meningkat daripada RM28,000 pada 2010 kepada lebih RM36,000 tahun lalu.

Gopal Kishnam, bagaimanapun, sedar kewujudan kajian yang menunjukkan 65 peratus keluarga Malaysia menyara kehidupan dengan pendapatan isirumah bulanan sekitar RM3,500.

"Kenaikan tahunan antara tiga peratus dan lima peratus tidak memadai dengan lonjakan 20 hingga 30 peratus dalam kos sara hidup," jelas Gopal Kishnam semasa berucap di perhimpunan Hari Pekerja tahunan anjuran MTUC di ibu pejabatnya di Subang Jaya, pagi ini.

"Kerajaan turut mengumumkan pembangunan rumah mampu milik berharga sehingga RM400,000…pekerja perlu untuk memperoleh pendapatan sekitar RM10,000 sebulan untuk mampu membayar ansuran bulanan atas 90 peratus pinjaman,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS