Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kisah Wan Ji yang dikatakan 'sesat', namun tetap bertegas

Bagi seseorang yang telah menghafal Al-Quran, kelibat Wan Ji Wan Hussin tidak kelihatan seperti pendakwah Islam yang biasa.

Namun, beliau pastinya layah untuk gambaran seperti itu. Sebagai seorang ‘hafiz’- yang mempelajari Al-Quran seawal usia 13 tahun, beliau mendalami ilmu agama di sekolah agama Lubuk Tapah di Pasir Mas, Kelantan, sebelum melanjutkan pengajian di Karachi, Pakistan.

Bekas pelajar Universiti Al-Azhar yang cukup berprestij, bapa kepada empat cahaya mata ini memegang ijazah dalam undang-undang syariah dan lulus pengajian program sarjana dalam bidang maqasid shariah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pentauliahan itu pastinya menjadi beliau sebagai pendakwah Islam biasa tetapi tahanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit dan kes beliau di bawah Akta Hasutan atas dakwaan menghina Sultan Selangor, telah membezakannya dari rakan-rakan seangkatannya.

Perbualan dengan beliau akan menyebabkan anda sedar bahawa lelaki berusia 34 tahun itu 'luar biasa'.

Lelaki yang bernada suara lembut dan berkaca mata ini tidak menunjukkan sikap apologetik apabila melibatkan kenyataannya menentang mufti, menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal Islam, di samping institusi keagamaan.

Pengkritik kelahiran Kelantan tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur, di sebalik dakwaan ceramah-ceramahnya sebagai 'sesat’, tegas mengatakan semua ini sebagai ‘normal’, datang dari mereka yang tidak menyukau apa yang diperkatakannya.

Berikut adalah kisahnya, dari mulut beliau sendiri.

ORANG TIDAK SUKA SEBAB SAYA SELALU MENGKRITIK TOKOH AGAMA. Pandangan saya berbeza dari tokoh-tokoh agama di negara ini. Saya kata Malaysia sebab di negara-negara lain, (pandangan saya) tidak pelik. Sebagai contoh, apabila saya kata bukan Islam mesti diberikan hak untuk menyatakan pandangan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS