Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paras air Empangan Timah Tasoh terus merosot
Diterbitkan:  May 2, 2016 6:52 AM
Dikemaskini: 10:55 PM

Paras air di Empangan Timah Tasoh terus menyusut 0.04 meter kepada 26.10 meter hari ini walaupun hujan lebat turun sejak tiga hari lepas di sekitar negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah berkata ini kerana taburan hujan yang diterima bukan di kawasan dalam empangan tetapi di sekitar luar empangan.

Abdul Najib berkata bacaan di empangan itu semalam ialah di paras 26.14 meter.

"Sehubungan itu, penduduk di kawasan utara Perlis perlu menjimatkan penggunaan air bagi memanjangkan hayat bekalan air di kawasan yang terjejas," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sebanyak 13,000 pemilik akaun domestik terlibat dengan catuan bekalan air dan pengagihan bekalan air terawat di utara Perlis meliputi kawasan di Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi sejak 16 April lepas.

Sementara itu, pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Perlis Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi berkata suhu semasa di negeri ini setakat 2 petang tadi mencatatkan 33.5 darjah celsius.

- Bernama

Lihat Komen
ADS