Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis masih tak dapat kesan Mohd Ridhuan
Diterbitkan:  May 2, 2016 11:29 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Polis tidak dapat mengesan mualaf Mohd Riduan Abdullah kerana tidak mengetahui di mana lokasinya berada.

Ketua Polis Daerah Ipoh Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah memeriksa semua alamat Ridhuan dan bertanya ahli keluarga dan rakan-rakannya, tetapi tidak berjaya.

"Kami telah tanya tetapi tiada siapa yang tahu. Malah sebelum (keputusan Mahkamah Persekutuan) ini, kami cuba untuk mencari beliau tetapi tidak boleh," Sum dipetik sebagai berkata oleh The Star Online hari ini.

Beliau berkata Ridhuan juga menamatkan khidmat peguamnya di Ipoh dan mendapat seorang peguam baru sejak kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Ketua Polis Daerah Ipoh itu berkata polis tidak mempunyai nombor peguam Ridhuan untuk dihubungi.

"Peguam Indira Gandhi, M Kulasegaran mungkin tahu siapa peguam itu dan saya berharap dia boleh berikan nombor itu kepada kontinjen polis negeri.

"Bidang kuasa saya hanya di Ipoh," kata Sum.

Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap Ridhuan, selepas mengetahui perintah komital terhadapnya yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai berasas kerana gagal membawa anaknya, Prasana Diksa, kepada bidang kuasa mahkamah.

Prasana Diksa berusia 11 bulan apabila Ridhuan mengambilnya daripada bekas isterinya, Indira. Indira tidak melihat anaknya dalam tempoh lapan tahun sejak itu.

Dua anaknya yang lain kini berusia 18 dan 19, kini tinggal bersama Indira.

Riduan sebelum ini mahu mengambil ketiga-tiga anaknya kerana mendakwa bimbang mengenai akidah mereka selepas memeluk Islam.

Lihat Komen
ADS