Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak bukan negeri datuk kau, kata PBB pada Azmin

Timbalan Presiden PBB Datuk Abang Johari Abang Openg mempertahankan presiden parti dan keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk menghadkan kemasukan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali ke negeri ini.

"Azmin kata ni bukan negeri bapanya (Adenan).

"Biar saya jawab. Memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa kau, datuk kau (Azmin)," katanya dalam satu majlis PBB di Miri hari ini.

Azmin pada Sabtu lalu membidas Adenan yang meminta menteri besar Selangor itu menulis permohonan rasmi sekiranya mahu melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak.

"(Sarawak) Ni bukan negeri bapa kamu, ni adalah milik rakyat Sarawak," kata Azmin.

Sarawak yang mempunyai autonomi imigresen, biasanya memberikan visa pelawat dari Semenanjung selama 90 hari.

Bagaimanapun visa Azmin hanya sah selama tiga hari sehingga hari ini.

Azmin merancang untuk memasuki semula Sarawak tanpa menulis surat kepada Adenan.

Kritik terhadap larangan tersebut menunjukkan ia bertentangan dengan Akta Imigresen, yang menetapkan dasar kemasukan autonomi Sarawak tidak terpakai kepada mereka yang masuk atas aktiviti politik yang sah.

Hari ini Pemuda PKR Sarawak berkata mereka sedang mempertimbangkan tindakan menyaman kerajaan negeri kerana larangan itu, yang dikenakan terhadap pemimpin mereka dan DAP- dua pesaing terbesar pada pilihan raya negeri Sabtu.

Adenan telah mempertahankan keputusannya dan berkata ia adalah perlu untuk menjaga keharmonian di negeri ini.

Lihat Komen
ADS