Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video Muara Tuang: Petugas kami tak buka baju - AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyangkal dakwaan terdapat petugasnya yang membuka baju parti itu selepas ditegur oleh Calon PBB kerusi Muara Tuang, Datuk Idris Buang.

Pengarah pilihan raya AMANAH, Dr Hatta Ramli berkata, dakwaan itu pelik memandangkan kelihatan Idris seakan-akan membuat gimik sendiri untuk kempennya.

“Saya pelik seorang calon sendiri merakamnya menunjukkan gimik. Saya rasa siapa boleh saja lakonkan panggil seorang tanggalkan baju BN dan pakai baju Amanah dan jadikan video.

“Video sangat murah dan sepatutnya kita tidak komenlah benda-benda macam tu,” katanya kepada pemberita di Hotel Grand Continental, Kuching, hari ini.

Dalam satu video berdurasi 3.02 minit di Facebook, Idris, pada Sabtu lalu menunjukkan dua orang lelaki memakai baju Amanah dan selepas ditegur calon PBB itu, kedua mereka membukanya dan memakai pakaian biasa.

Muara Tuang menyaksikan perlawanan antara Idris (PBB) bertembung dengan Zulkipli Ramzi dari PAS dan Abang Abdul Halil Abang Naili dari AMANAH.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud dari BN menang dengan majoriti 7,843 undi.

Lihat Komen
ADS