Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adenan ikrar teliti kes murtad lain selepas pilihanraya
Diterbitkan:  May 4, 2016 11:35 AM
Dikemaskini: 3:54 AM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan beliau akan melihat kes-kes lain yang melibatkan murtad sebelum membuat dasar mengenai perkara itu.

"Sekarang saya telah memujuk pihak berkuasa persekutuan untuk menarik balik kes terhadap Rooney Rebit. Yakinlah saya akan melihat kes-kes lain dalam masa yang sewajarnya selepas pilihan raya dan akan datang dengan dasar yang jelas.

"Ini terutamanya dalam kes yang terawang-awang," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua menteri itu memberi respon selepas Ketua PKR Sarawak Baru Bian berharap kes seumpama Rebit tidak hanya diselesaikan dalam tempoh kempen pilihan raya negeri.

Baru menunjukkan bagaimana terdapat banyak kes penukaran agama lain yang memerlukan perhatian yang sama daripada Adenan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini berikutan pengesahan Adenan Isnin lalu bahawa beliau mendapat jaminan Najib bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menarik balik kes Rebit dan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

JPN juga mengesahkan, semalam, bahawa ia sedang menggugurkan rayuan mengenai kes Rebit itu.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney, seorang Bidayuh mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.

Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan daripada "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebik" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian.

Ibu bapa Rooney memeluk agama Islam ketika dia masih kecil. Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.

Lihat Komen
ADS