Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘IPCMC boleh tangani kebimbangan konflik kepentingan IGP’

Majlis Peguam hari ini berkata, sebarang dakwaan konflik kepentingan berhubung Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan sebuah syarikat senjata yang dimiliki oleh anaknya adalah isu yang boleh diselesaikan melalui penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata walaupun Khalid menafikan bahawa terdapat konflik kepentingan dalam perkara itu yang pertama kali didedahkan oleh laman web Sarawak Report, terdapat kebimbangan serius yang masih perlu ditangani.

"Soalan serius yang timbul adalah tentang sama ada keputusan (meluluskan permit) dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh fakta (hubungan) berkenaan?" kata Thiru dalam ucaptamanya di meja bulat Majlis Peguam berhubung akauntabiliti polis di Kuala Lumpur.

Anak perempuan kedua IGP, Juwiza Khalid dan iparnya, Mohd Isa Hussin, menguruskan sebuah syarikat senjata iaitu Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Thiru berkata persoalan itu dibangkitkan kerana lesen untuk memiliki senjata api diperolehi daripada ketua negeri polis, dengan maklumat yang tepat berhubung tempat senjata api itu dibeli.

Beliau berkata demikian dalam mengulangi keperluan untuk menubuhkan sebuah badan pengawasan khusus untuk polis, cadangan yang pertama kali dibuat pada 2005 oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pasukan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS