Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya tidak pernah kata DAP hapus GST di S'wak - Lim
Diterbitkan:  May 4, 2016 4:38 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut atas dakwaan cabaran "liar dan tidak berasas" mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

"Adenan gesa saya untuk menunjukkan bukti tuntutan kononnya DAP akan menghapuskan GST di Sarawak jika parti itu menang pada 7 Mei ini," kata beliau dalam kenyataan.

"Saya tidak membuat tuntutan sedemikian bagi pihak DAP," tambahnya.

Lim mencabar Adenan untuk menunjukkan bukti beliau mendakwa sedemikian untuk menghapuskan GST di Sarawak jika menang dalam pilihan raya negeri berkenaan.

"Jika beliau tidak dapat membuktikannya, Adenan menunjukkan beliau tidak boleh dipercayai, ketika beliau sanggup menyalah gunakan kuasa menghalang kemasukan pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak dan sekarang membuat dakwaan palsu," jelasnya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan pembangkang bahawa GST akan dinaikkan jika BN memenangi pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Sebaliknya, Najib berkata, dakwaan pembangkang itu sekadar pembohongan dan cadangan mengenai kenaikan GST tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam kerajaan.

“Dalam mesyuarat sudah dibuat keputusan, antaranya menolak sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya jika BN menang maka kadar GST akan dinaikkan," kata Najib.

Mengulas lanjut, Lim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinannya membayar RM20 juta setahun kepada kerajaan Persekutuan ketika dua majlis tempatan – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) – menyerap GST bagi pihak rakyat.

"Saya kata kita harus menghukum BN dan Adenan kerana membenarkan GST untuk dilaksanakan dan membawa kesusahan kepada rakyat," kata Lim.

"GST sangat kejam kerana mengenakan cukai ke atas rakyat miskin, bersama-sama mereka yang kaka, walau kerajaan negeri dan majlis kerajaan tempatan juga perlu bayar GST untuk jalan raya dan projek awam," tambahnya.

"GST adalah undang-undang Persekutuan dan hanya boleh dihapuskan oleh Parlimen, bukan kerajaan negeri," ujarnya.

Lihat Komen
ADS