Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Padah tunjuk kemaluan, lelaki dibelasah wanita Turki
Diterbitkan:  May 4, 2016 5:57 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

GLOBAL Padah kerana menunjukkan kemaluan terhadap seorang wanita ketika berada dalam sebuah bas, seorang lelaki teruk dibelasah sekumpulan wanita di Turki.

Lelaki itu pada mulanya dikatakan menunjukkan alat sulitnya kepada seorang penumpang wanita yang berada berhampirannya.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu memakan diri apabila penumpang berkenaan bertindak balas dengan memukul dan menjerit ke arahnya, sebelum disertai sekumpulan wanita lain yang turut memukulnya bertubi-tubi, malah menendang suspek.

Kejadian berlaku dalam bas yang dipenuhi penumpang di Wilayah Kocaeli Turki, lapor Daily Mail.

Pada mulanya, suspek berdiri di celah-celah sekumpulan wanita dalam bas berkenaan sebelum dikatakan menunjukkan kemaluannya kepada salah seorang penumpang.

Akibat perbuatan itu, mangsa memukul suspek berulang kali, sebelum penumpang wanita lain ‘naik angin’ dan turut memukulnya.

Keadaan bertambah kecoh apabila saspek yang berumur 34 tahun cuba melarikan diri, namun berjaya dihalang penumpang lain sehingga pintu bas di buka berdekatan balai polis Basiskele.

Polis menemubual wanita yang menjadi mangsa lelaki berkenaan sebelum menahan suspek.

Rakaman kejadian melalui video keselamatan dalam bas berkenaan diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Lihat Komen
ADS