Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN Sarawak tiada autonomi 'sebenar', kata calon DAP

Calon DAP untuk kerusi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo kecewa dengan misi 'palsu' yang dijaja oleh BN Sarawak yang menerajui kerajaan negeri, dengan berkata bahawa BN negeri tidak mempunyai autonomi 'sebenar'.

Abdul Aziz, yang juga adalah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, berkata demikian ketika mengulas tulisan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di blog, malam semalam.

"Najib melantik beliau (Tan Sri Adenan Satem) sebagai ketua menteri? Itu hanya menunjukkan pelantikan ketua menteri masih dalam prerogatif presiden Umno.

"Jika mahu menjadi ketua menteri Sarawak, perlu untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada presiden Umno," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini malam semalam semasa berkempen di Kuching.

Beliau juga menerangkan penjelasan menteri berkenaan di blognya mewakili pandangan bahawa BN Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi dalam hal-hal tempatan termasuk pelantikan ketua eksekutif negeri.

"Mengapa mereka perlu dapatkan pengesahan beliau? Ini menunjukkan bahawa kuasa autonomi tidak wujud di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak," katanya.

Salleh semalam menjelaskan kebanyakan penduduk semenanjung tidak berapa kenal siapa Adenan kerana beliau selama ini memang menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak terlalu menonjol diri sepanjang karier politiknya.

Beliau seterusnya menyenaraikan pencapaian Adenan dan sebab-sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memilihnya sebagai ketua menteri di negeri itu.

"Hanya dua tahun memegang tampuk kepimpinan negeri, ramai orang, malah dari semenanjung juga kini memahami kenapa Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak," katanya.

Adenan mengambil alih jawatan sebagai ketua menteri kelima Sarawak pada bulan April 2014.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS