Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan negeri Sarawak hari ini menganugerahkan hak milik tanak individu kepada 373 penduduk setinggan di pinggir Miri, yang akan ditempatkan semula di kawasan perumahan dalam bandar satelit Tudan.

Para penerima dari tiga perkampungan setinggan dalam kawasan Piasau ialah dari Kampung Pasir, Kampung Api-Api dan Kampung Merican yang kebanyakan dari kaum Dayak.

Dayak meliputi 41 peratus daripada pengundi Bumiputera di Piasau.

Salah seorang daripada penerima dari Kampung Merican, Robert Banda memberitahu Malaysiakini, beliau dan beberapa penduduk kampung telah menanti selama 12 tahun untuk mendapat hak milik itu.

Ditanya tarikh penganugerahan itu ketika pilihan raya negeri, kata Robert, beliau merasakan sedemikian.

"Namun tidak menjadi masalah, selagi saya mendapat tanah sendiri."

Kerajaan negeri, ujarnya, telah menempatkan semula penduduk kampung secara berperingkat dalam banyak fasa sepanjang beberapa tahun lalu.

Calon BN bagi kerusi Piasau, Sebastian Ting sementara itu, menolak dakwaan masa penganugerahan hak milik tanak itu adalah kerana pilihan raya negeri pada Sabtu ini.

"Kerajaan telah melakukan semua ini sepanjang masa [...] mereka menyelesaikan masalah yang ada," kata Ting.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, penganugerahan itu membuktikan BN bekerja untuk rakyat.

"Pembangkang tidak berbuat apa-apa," Awang Tengah berkata sambil mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.

Selain 373 hak milik tanah untuk penduduk setinggan Piasau, Awang Tengah turut menyerahkan 104 hak milik tanah individu di bawah Seksyen 18 Kod Tanah Sarawak untuk tanah orang asli yang terletak di kerusi Lambir dan Bekenu.

Tuan milik tanah akan dikecualikan daripada pelbagai bayaran termasuk cukai tanah tahunan dan kos peninjauan.

Lapan pemimpin masyarakat pula menerima hak milik tanag untuk tiga kawasan di Telang Usan manakala tujuh pemimpin masyarakat menerima hak milik tanah daripada rizab kerajaan penduduk di Lusut, Miri.

Turut hadir pada majlis itu ialah calon BN bagi kerusi Pujut, Hii King Chiong; Senadin, Lee Kim Shin; dan Lambir candidate Ripin Lamat.

Lihat Komen
ADS