Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ULASAN Melihat kepada cabaran luar bandar di Sarawak, tidak memeranjatkan bahawa petunjuk-petunjuk pendidikan juga menunjukkan jurang bandar-luar bandar yang serius.

Sementara terdapat kadar tamat persekolahan yang hampir universal di peringkat sekolah rendah di semua negeri, situasinya tidak sekata dalam kadar tamat persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Menurut laporan Millennium Development Goals 2015 UNDP bagi Malaysia, Sarawak mempunyai kadar tamat persekolahan menengah paling rendah pada 83.4 peratus berbanding 89.3 peratus di Selangor dan 92.4 peratus di Pahang (Lihat Rajah 1 di bawah).

Rajah 1: Kadar Tamat Persekolahan Menengah mengikut negeri (%), 2014

Dengan sekitar 50,000 pelajar sekolah menengah dalam setiap kelompok di Sarawak, ini bermakna sekitar 8,500 pelajar dari setiap kelompok gagal menghabiskan pendidikan sehingga SPM.

Dalam jangka masa panjang, mereka yang tercicir ini akan menambah bilangan kumpulan berpendidikan rendah dalam tenaga kerja Sarawak.

Angka-angkanya sudah begitu menonjol. Menurut Soal Selidik Tenaga Kerja 2014, sebanyak 15.4 peratus daripada tenaga kerja bandar di Sarawak memiliki pendidikan sekolah rendah ke bawah, tidak jauh beza dengan Negeri Sembilan (14.9peratus ) dan Perak (13.0peratus).

Namun keadaannya jauh berbeza di kawasan luar bandar. 41.2 peratus tenaga kerja luar bandar Sarawak mempunyai pendidikan sekolah rendah ke bawah, iaitu 8.8 peratus lebih tinggi berbanding Pahang (32.4 peratus) dan 18.1 peratus lebih tinggi berbanding Kelantan (23.1 peratus) negeri paling luar bandar di Malaysia. (Lihat Rajah 2 di bawah)

Nyata sekali, pada kadar 25.7 peratus Sarawak memiliki jurang bandar-luar bandar terbesar di antara semua negeri di Malaysia, melebihi Sabah pada kadar 21.2 peratus (Lihat Jadual 1 di bawah).

Rajah 2: Peratus tenaga kerja dengan pendidikan sekolah rendah dan ke bawah, bagi kawasan bandar dan luar bandar, 2014

Jadual 1: Peratus tenaga kerja bandar dan luar bandar dengan pendidikan sekolah rendah dan ke bawah, jurang bandar-luar bandar

State

Primary & Below (URBAN)

Primary & Below (RURAL)

URBAN-RURAL Divide

Sabah

28.2%

49.4%

21.2%

Sarawak

15.4%

41.2%

25.7%

Pahang

12.8%

32.4%

19.6%

Kedah

13.0%

25.4%

12.4%

Terengganu

12.2%

24.5%

12.2%

Negeri Sembilan

14.9%

24.3%

9.4%

Kelantan

10.4%

23.1%

12.7%

Perak

12.3%

22.9%

10.6%

Johor

13.4%

21.3%

7.9%

Melaka

10.7%

19.7%

9.0%

Selangor

10.6%

17.1%

6.5%

W.P. Labuan

17.6%

16.7%

-0.9%

Perlis

10.3%

16.6%

6.3%

Pulau Pinang

10.7%

13.1%

2.4%

Sumber: Soal selidik tenaga kerja, 2014

Tidak memeranjatkan, peratusan tinggi tenaga kerja luar bandar dengan kelayakan pendidikan rendah mendahului peratusan rendah tenaga kerja luar bandar dengan kelayakan SPM ke atas.

Sebanyak 22.4 peratus daripada tenaga kerja bandar di Sarawak mempunyai kelayakan selepas SPM, menewaskan Johor (20.8 peratus) dan Perak (20.8 peratus).

Tetapi di kawasan luar bandar Sarawak, hanya 7.5 peratus tenaga kerjanya mempunyai kelayakan selepas SPM berbanding 13.0 peratus di Johor dan 11.5 peratus di Perak. (Lihat Rajah 3 di bawah)

Memandangkan Sarawak secara kasarnya adalah 40 peratus luar bandar dan mempunyai bilangan pendudukan keempat tertinggi (selepas Selangor, Sabah dan Johor), ini bermakna terdapat angka lebih besar dan muktamad bagi pekerja berkemahiran rendah di Sarawak berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Rajah 3: Peratus tenaga kerja dengan kelayakan selepas SPM, bandar dan luar bandar, 2014.

Penyebab kepada rendahnya taraf pendidikan di Sarawak adalah pelbagai dan rumit.

Disebabkan pendapatan isi rumah yang rendah, kebanyakan kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah dan bekerja demi menyumbang kepada pendapatan keluarga.

Ada juga kanak-kanak yang merasa didiskriminasi di asrama sekolah menengah lantaran latar belakang kemiskinan mereka.

Ada yang hilang minat bersekolah kerana sukatan pelajaran kelihatan tidak relevan langsung dengan mereka.

Namun apa yang jelas ialah keadaan begini tidak boleh berterusan sekiranya masa depan ekonomi mereka yang berada di pedalaman Sarawak hendak diberi kemajuan yang signifikan.

Reformasi pendidikan mesti diberikan keutamaan dan pada waktu ini, tidak ada indikator yang menunjukkan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan sedang melakukan sebarang kelainan bagi memperbaiki hasil pendidikan di kawasan luar bandar Sarawak.


DR ONG KIAN MING anggota parlimen DAP Serdang. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Bahagian 1: Sarawak - Kisah dua wilayah

Bahagian 2: Struktur ekonomi Sarawak yang sangat tak setara

Lihat Komen
ADS