Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Pemulihan Malaysia hari ini menegur sikap segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di tempat parkir orang kurang upaya (OKU).

Berang dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, naib presiden badan itu Anthony Arokia (gambar), menggelar golongan itu sebagai “otak kurang upaya”.

“Malah, VVIP (orang kenamaan) pun letak kereta di petak OKU baru-baru ini,” kata aktivis berkerusi roda 65 tahun itu.

Beliau merujuk gambar kereta sedan hitam milik seorang menteri yang diletakkan di petak OKU yang menjadi viral di Internet baru-baru ini.

Anthony berkata demikian dalam forum “Kerana Kami Peduli” anjuran Persatuan Undang-undang Universiti Malaysia di Kuala Lumpur yang membincangkan hak-hak OKU hari ini.

Beliau juga berkata, pengendali kawasan letak kereta seperti di pasar raya, pejabat dan bangunan komersial patut lebih tegas dengan salah guna tapak OKU.

“Untuk elak perkara ini berlaku, pihak berkuasa patut denda atau kunci kenderaan mereka.

"Biar mereka dapat pengajaran,” kata Anthony yang berkerusi roda sejak 16 tahun.

Beliau juga berkata, selama 21 tahun memandu kereta, beliau sentiasa melihat salah guna tapak OKU itu berlaku.

Lihat Komen
ADS