Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jadual yang terlalu padat sejak tiga minggu lalu menyebabkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengalami demam dan sakit kepala.

Justeru itu Adenan berkata, beliau terpaksa membatalkan semua programnya hari ini selepas mendapat nasihat doktor.

“Sejak tiga minggu ini jadual saya sangat padat. Malam tadi saya mengalami pening kepala dan demam.

“Doktor menasihati untuk saya berehat sehari dan petang ini saya berjumpa dengan anda semua,” katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia.

Beliau sempat berseloroh kepada media dengan berkata “Saya kelihatan kacak seperti selalu”.

Meskipun membatalkan semua programnya hari ini, Adenan bagaimanapun mengadakan sidang media pada jam 6 petang tadi.

Adenan yang berusia 72 tahun itu berkata, beliau menghargai kehidupan yang diberikan tuhan kepadanya.

“Saya menghargai kehidupan saya, saya pernah rasa hampir nak mati tiga tahun lalu, (tapi) tuhan memberikan rahmat dan kini saya di sini,” katanya.

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) akan berlangsung pada 7 Mei ini dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 82 kerusi.

Adenan sebelum ini dilapor berkata beliau yakin parti itu akan menang lebih 70 kerusi daripada semua kerusi yang dipertandingkan.

BN menang dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

Lihat Komen
ADS