Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran Zahid: Jangan manipulasi anak buah saya
Diterbitkan:  May 5, 2016 7:35 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak yang cuba mempengaruhi anggota pasukan keselamatan supaya cenderung kepada mana-mana parti politik menggunakan 'helah psikologi'.

"Jangan cuba memanipulasi anak buah saya terutama dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana mereka berkecuali dalam menyokong mana-mana parti politik.

“Dalam hati, mereka ada pendirian yang harus dihormati kerana mereka adalah pendukung kepada kepimpinan sedia ada di peringkat negeri atau pusat," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Zahid hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Pembinaan Kuarters Kediaman dan Dewan Serbaguna Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang di Sibu.

Batalion ke-10 PGA pernah dikenali sebagai Batalion ke-15 Pasukan Polis Hutan, dahulu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Bukan janji politik

Sementara itu, Zahid juga berkata kerajaan sentiasa menyediakan kebajikan terbaik untuk anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban demi menjaga keselamatan negara.

Keprihatinan untuk terus menjaga kebajikan mereka dibuat tanpa sebarang pertimbangan politik, katanya lagi.

"Ini bukan janji politik kerana kita menghargai anak-anak buah saya dalam PDRM terutama anggota PGA.

“Ini janji ditepati kata dikota," beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS