Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam Cara Negara tak letakkan jawatan, hanya bersara awal

Bekas Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad tidak meletakkan jawatan tetapi memilih untuk bersara awal, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

"Ia bukan letak jawatan. Azailiza masih dalam perkhidmatan.

"Dia mahu menarik diri kerana setiap penjawat awam mempunyai hak ini, sama ada untuk menunggu sehingga 60 untuk bersara atau mereka juga boleh memilih untuk berundur selepas umur 50.

"Ini normal kerana dia mempunyai rancangan. Pada dasarnya, (ini) bersara awal," kata Ali Hamsa ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.

Azailiza mencatat masa keluar terakhirnya pada 8 April, menurut posting di bawah galeri foto di laman web Jabatan Peguam Negara.

Beliau dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 November, 2014.

Jawatan Azailiza diisi oleh Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Peguam Cara Negara berkhidmat mengikut arahan Peguam Negara dan bertindak sebagai pendakwa raya semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Peguam Negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Ali Hamsa berkata, beliau tidak tahu mengapa Azailiza memilih untuk bersara awal.

"Saya tidak tahu apa rancangannya, tetapi sekarang beliau banyak menguruskan hal kerajaan, banyak perkara berkaitan uandang-undang dan peringkat antarabangsa," katanya.

Ketika ditanya sama ada Azailiza dipindahkan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum beliau mengambil keputusan untuk berundur, Ali berkata soalan berkenaan tidak relevan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS