Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu pasrah kententuan Ilahi terhadap nasib Wan Khairil
Diterbitkan:  May 6, 2016 2:45 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

"Saya reda, hidup dan mati ketentuan Allah," demikian luahan Rahmah Abdullah, 70-an ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Wan Mohammad Khair-il, Pengerusi Lembaga Minyak Malaysia (MPOB), merupakan antara enam orang yang terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang semalam.

Rahmah berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan anaknya itu daripada menantunya yang hanya ingin dikenali sebagai Farhaini kira-kira pukul 9 malam.

"Semasa menantu saya memberitahu mengenai kejadian itu saya sedang menonton musabaqah Al-Quran," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kuala Kangsar lewat malam semalam.

Sementara itu, adik Wan Mohammad Khair-il, Wan Mohd Khir Johari, 53, berkata beliau terkejut menerima berita kehilangan abangnya daripada seorang rakan di Pejabat Menteri Besar Perak.

"Saya menerima maklumat mengatakan sebuah helikopter hilang dari radar dan mungkin abangnya berada di dalam helikopter itu.

"Anak rakan saya yang berada di Sarawak kemudian menghubungi saya dan mengesahkan perkara itu," katanya.

Sementara itu anak Wan Mohammad Khair-il, Wan Emir Astar dalam akaun Facebook dan Twitternya meminta orang ramai untuk terus mendoakan keselamatan kesemua penumpang.

"Mohon doakan keselamatan ayahanda, Wan Khair-il Anuar, bersama mereka dalam helikopter yang hilang di Sarawak. Allah is all knowing all wise," katanya.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS