Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Durian runtuh melanda Sarawak ketikan pemimpin BN - sama ada dari pusat atau negeri - berkempen untuk memenangi hati pengundi sempena pilihan raya negeri.

Berdasarkan senarai dikumpulkan Malaysiakini, jumlah peruntukan yang diumum ialah sekurang-kurangnya RM382.8 juta.

Angka itu diperoleh berdasarkan laporan Malaysiakini sepanjang tempoh berkempen, selain sumber dari media lain. Bagaimanapun tidak semua pengumuman dibuat disertakan dengan pendedahan jumlah wang yang terlibat.

Wang itu pula datang dalam bentuk yang pelbagai, termasuk peruntukan dan projek yang diluluskan atau diumum ketika kempen, serta janji-janji untuk ditunaikan pada masa depan.

Pemberi terbesar ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan peruntukan sekurang-kurangnya RM255 juta sepanjang tempoh hampir dua minggu kempen berlangsung.

Kempen untuk pilihan raya negeri kali ini bermula secara rasmi pada 25 April.

Antara pengumuman paling mahal diumum Najib ialah projek bekalan air luar bandar untuk beberapa kampung di Bekenu. Jumlah yang diumum perdana menteri ialah RM94.5 juta.

Timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula mengumumkan peruntukan sekurang-kurangnya RM78.5 juta manakala Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan pembukaan pejabat baru Jabatan Pengangkutan Jalan di Sarikei bernilai RM21.4 juta.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pula 'mengagihkan' sekurang-kurangnya RM13.5 juta ketika berkempen. Daripada jumlah itu RM10.3 juta adalah pampasan untuk 235 pemilik tanah yang diambil kerajaan untuk pembinaan projek Lebuh Raya Pan-Borneo.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS