Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB berunding dengan pemegang bon dolar AS
Diterbitkan:  May 9, 2016 12:58 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat susulan keingkaran ke atas nota AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

Dalam kenyataan media hari ini, 1MDB berkata ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd (A & M) sebagai penasihat kewangannya untuk menyelia dan menguruskan proses tersebut.

1MDB turut melantik DF King Ltd, 'Orient Capital Company' (DF King), atau "Ejen Pengenalan dan Maklumat", untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon.

"1MDB kini aktif berunding dengan semua pemegang untuk menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk proses itu, menjelaskan latar belakang pertikaian tersebut, dan menerangkan sebab 1MDB mengambil pendirian untuk tidak membuat bayaran faedah ke atas Nota Langat," katanya.

Ia menegaskan bahawa ia mempunyai pelan rasionalisasi yang membolehkan syarikat memenuhi obligasi hutang sedia ada.

1MDB juga hari ini meminta DF King untuk melancarkan laman mikro di http://sites.dfkingltd.com/1MDB, yang mengandungi semua maklumat berkaitan dan termasuk kemas kini untuk pemegang bon.

Selepas mendaftar, mereka boleh mengemukakan soalan secara dalam talian melalui laman web itu.

Pertemuan bagi semua pemegang bon yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat akan diadakan pada 23 Mei, dan maklumat lanjut akan menyusul, katanya.

1MDB berkata ia komited untuk bekerjasama secara terbuka dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Lihat Komen
ADS