Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tak perlu pinda undang-undang isu kanak-kanak tanpa kerakyatan’
Diterbitkan:  May 23, 2016 3:17 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Tidak ada keperluan bagi kerajaan untuk meminda undang-undang untuk menyelesaikan status kewarganegaraan kanak-kanak tanpa kerakyatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peruntukan dan syarat  yang dipatuhi sebelum seseorang dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

"Ia adalah menjadi tanggungjawab ibu bapanya untuk merujuk kepada negara asal masing-masing bagi mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri mereka," katanya dalam jawapan bertulis parlimen.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jika kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang sedia ada untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan didaftarkan secara automatik sebagai warganegara sah.

Adalah dilaporkan bahawa Malaysia mempunyai 150,000 kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Zahid juga tidak bersetuju dengan istilah "kanak-kanak tanpa kerakyatan" dan berkata bahawa mereka bukannya tanpa kewarganegaraan kerana maklumat menunjukkan bahawa ibu bapa mereka adalah warga asing.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS