Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Blackout 505: Rafizi, 5 lagi gagal ketepi pertuduhan

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, dan lima lagi hari ini gagal mengetepikan pertuduhan berhubung perhimpunan 'Blackout 505', selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah dalam keputusannya berkata, pertuduhan terhadap mereka tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan pendakwaan mempunyai alasan munasabah untuk mendakwa mereka di mahkamah.

Tee mengarahkan kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 21 Jun.

Mohd Rafizi, 39, yang juga Naib Presiden PKR dan sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar, 27, didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa mematuhi syarat Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad iaitu memperoleh persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini di antara 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013 mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Empat lagi ialah aktivis pembangkang iaitu Adam Adli Abd Halim, 28, Muhammad Safuan Anang@Talib, 27, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 25, dan Mohamed Bukhari Mohamed Sufian, 26.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di antara 12 tengah hari dan 1.15 petang, pada hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) di bawah akta itu yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Peguam Melissa Sasidaran mewakili keenam-enam pemohon itu manakala responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Mohd Nor.

 

Lihat Komen
ADS