Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM tak boleh ulas mengapa PAC tak panggil Jho Low - menteri
Diterbitkan:  May 24, 2016 11:57 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Perdana Menteri tidak boleh memberi maklum balas mengenai alasan mengapa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dipanggil untuk memberi keterangan di prosiding  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB.

Ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, kerana PAC adalah sebuah  jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 77 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang meminta perdana menteri menyatakan mengapa Jho Low tidak dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC mengenai 1MDB walaupun beliau diakui sebagai penasihat syarikat itu  dalam laporan PAC.

"PAC adalah jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan mengikut Peraturan 77 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Justeru, bukan bidang kuasa eksekutif untuk memberi maklum balas berkaitan perkara ini," kata Azalina dalam jawapan bertulis di parlimen.

Low adalah Penasihat Khas Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dijenakan semula sebagai 1MDB.

Menurut lapran The Wall Street Journal, urusan kewangan Jho Low sedang di bawah penelitian penyiasat antarabangsa  yang menjejaki wang lebih AS$6 bilion yang didakwa disalurkan keluar dari 1MDB antara 2009 dan 2015.

PAC pernah menyatakan minat untuk memanggil Jho Low atas peranannya dalam TIA, tetapi memutuskan untuk tidak meneruskan perkara itu selepas Datuk Hasan Arifin mengambil alih jawatan pengerusi badan itu.

Akhir tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke luar negara bagi merakamkan kenyataan Low.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS