Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM31,217 untuk urus setia mesyuarat kabinet di Sarawak
Diterbitkan:  May 24, 2016 12:34 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Kerajaan telah membelanjakan RM31,217 untuk menganjurkan mesyuarat kabinet yang diadakan di Kuching, Sarawak pada awal bulan ini.

"Kos bagi melaksanakan pilihan raya umum dewan undangan negeri Sarawak ke-11 adalah berjumlah RM135.6 juta.

“Manakala jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi mengurus setia mesyuarat jemaah menteri di Kuching pada 4 Mei adalah sebanyak RM31,217," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini .

Beliau berkata demikian sebagai menjawap soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang meminta perdana menteri menyatakan kos menjalankan pilihan raya negeri Sarawak dan juga kos penganjuran mesyuarat kabinet di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat kabinet yang diadakan di Kuching adalah untuk menyokong Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kali akhir, mesyuarat kabinet diadakan di luar Kuala Lumpur adalah pada tahun 1999 di Langkawi semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

Pilihan raya Sarawak pada 7 Mei lalu, menyaksikan BN terus berkuasa dengan menguatkan lagi cengkamannnya dengan memenangi 72 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan.

Keputusan pilihan raya itu adalah lebih memberangsangkan berbanding pilihan raya negeri 2011 apabila BN hanya mendapat 78.6 peratus daripada kerusi DUN berbanding 87.8 peratus yang dimenanginya pada pilihan raya negeri 2016.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS