Paling Popular
Terkini

Saham Ajinomoto (M) Bhd terus naik pada sesi dagangan pagi meskipun syarikat menjelaskan kepada Bursa Malaysia semalam bahawa tiada perkembangan korporat berlaku dalam syarikat.

Pada pukul 10.49 pagi, saham syarikat meningkat lapan sen kepada RM13.46 dengan 42,700 saham didagangkan berbanding RM11.50 pada 16 Mei.

Ajinomoto, dalam makluman kepada Bursa Malaysia mengenai aktiviti pasaran luar biasa pada Isnin berkata syarikat tidak mengetahui mengenai sebarang perkembangan korporat berkaitan dengan hal ehwal dan perniagaannya yang tidak diumumkan sebelum ini yang mungkin menimbulkan aktiviti dagangan itu termasuk yang dalam peringkat rundingan atau perbincangan.

Syarikat juga tidak mengetahui mengenai sebarang desas desus atau laporan berhubung hal ehwal dan perniagaan yang mungkin menyebabkan aktiviti dagangan atau apa-apa kemungkinan penjelasan yang boleh menimbulkan aktiviti itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS