Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isteri hadiahkan Taib Mahmud Bentley RM1.5 juta
Diterbitkan:  May 24, 2016 7:20 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah menerima hadiah sebuah kereta mewah berjenama Bentley yang dipercayai bernilai RM1.5 juta daripada isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.

Menurut sumber, pemberian hadiah tersebut adalah sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 selepas kematian Laila Taib akibat kanser.

Sebelum Ragad, perkahwinan beliau dengan arwah Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Mengulas lanjut, sumber tersebut menambah, kejutan hadiah tersebut diberikan ketika majlis sambutan hari jadi berkenaan pada hujung minggu yang lalu di Kuching, Sarawak.

Kenderaan berwarna putih itu disampaikan dengan cukup istimewa dengan diikat dengan reben gergasi sebelum diserahkan kepada Abdul Taib, jelasnya.

Pada masa yang sama, sumber tersebut turut menyangkal laporan sebelum ini yang mendakwa hadiah itu dari Abdul Taib kepada Ragad.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak untuk pengesahan dan sedang menunggu maklum balas.

Lihat Komen
ADS