Paling Popular
Terkini

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pembangkang dan orang awam dengan mengetepikan identiti sebagai anggota parti masing-masing dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Bekas perdana menteri berkata, ia bagi memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat ditewaskan.

“Kami bersetuju dalam pilihan raya kecil ini kita mesti bertindak tidak seperti kita tidak mewakili mana-mana parti.

“Kini ini gerakan rakyat... Semua orang tidak kira BN atau pembangkang patut menyokong siapa sahaja yang melawan Najib,” katanya.

Beberapa pemimpin pembangkang daripada DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) turut hadir atas kapasiti peribadi dalam mesyuarat itu.

Mereka bagaimanapun dikatakan tidak membincangkan parti mana patut bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ditanya berhubung kemungkinan pertembungan tiga penjuru, Mahathir berkata perkara itu akan dapat ditangani.

“...dua, tiga, atau lima penjuru, kita ada cara sendiri untuk uruskannya.”

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS