Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Tiada penyelewengan, kecelaruan dalam 1MDB
Diterbitkan:  May 25, 2016 11:22 AM
Dikemaskini: 5:12 AM

Memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan tadbir urus 1MDB.

"Sebaliknya terdapat kelemahan di dalam urus tadbir syarikat,” kata Najib ketika menjawab soalan bertulis Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Mahfuz dalam soalannya memuinta Najib selaku menteri kewangan menyatakan bentuk tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat.

“PAC telah meminta agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengambil tindakan selanjutnya.

"Justeru, Ketua Polis Negara telah memaklumkan bahawa pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan siasatan dan tindakan lanjut,” kata Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS