Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sarawak: Polis buka 84 kertas siasatan - Zahid
Diterbitkan:  May 25, 2016 11:40 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Polis telah membuka 84 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Kertas-kertas siasatan ini akan lengkap secepat yang mungkin dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau dalam jawapan bertulis parlimen.

Selain 84 kertas siasatan, 47 kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan yang bernilai RM25 dan ke atas, katanya yang juga menteri dalam negeri.

Sementara itu, sejumlah 12 kes kini sedang di siasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang didakwa dilakukan semasa tempoh berkempen dari 25 April hingga 7 Mei.

Zahid berkata, polis turut menyiasat satu kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan danb enam kes lagi kerana melakukan kerosakan menggunakan bahan bakar atau letupan yang mendatangkan kebinasaan.

Empat kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 dan 507 Kanun Keseksaan, kedua-duanya berkaitan ugutan jenayah.

Zahid berkata demikian sebagai menjawab soalan oleh Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang membuat pertanyaan mengenai kertas-kertas siasatan yang dikendalikan polis sepanjang pilihan raya negeri tersebut.

Lihat Komen
ADS