Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pastikan 1MDB tak pinjam dana awam bagi menyelamat'

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, semua pihak perlu memastikan bahawa 1MDB tidak meminjam dari institusi awam dengan tujuan menyelamatkan firma pelaburan itu.

“Soal dari segi kita nak guna dana-dana institusi (awam) untuk menyelamatkan 1MDB ini, saya rasa kita semua bertanggungjawab bahawa mana-mana dana awam kita akan pastikan bahawa 1MDB tidak lagi meminjam dari mereka,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab .

Beliau mengulas soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) yang berkata kemelut 1MDB tidak sepatutnya membebankan orang ramai dengan wang rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Mansor berkata 1MDB tidak sepatutnya menyentuh dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Johari bagaimanapun menjelaskan bahawa 1MDB terpaksa membayar balik semua hutang tempatan jangka pendeknya.

Menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hutang terkumpul 1MDB pada Januari 2016 adalah RM50 bilion.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS