Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri: Najib tak perlu beritahu sesiapa dana RM2.6b di akaunnya

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu memberitahu sesiapa berhubung dana RM2.6 bilion yang berada di  akaun bank peribadinya.

Malah, Nazri yang juga adalah menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, apa yang paling penting adalah supaya Najib mendapat kebenaran daripada pihak Bank Negara berhubung kemasukkan wang tersebut ke akaun peribadinya.

"Dia (Najib) tidak akan memberitahu kami. Dia tak perlu beritahu. Dia cuma perlu mendapat kelulusan dari Bank Negara, itu sahaja.

"Perkara yang penting ialah dia (Najib) perlu memberitahu Bank Negara. Jelas sekali RM2.6 bilion merupakan satu jumlah wang yang besar.

"Bank Negara melihatnya malah ia telah masuk ke dalam akaun bank yang telah diluluskan Bank Negara. Apa masalahnya? Tak ada salah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Najib mengakui menerima dana tersebut dan telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS