Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar 'dikawal ketat' selepas episod 'warkah dari penjara'

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, semenjak terbocornya surat kritikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media dan umum baru-baru ini, bapanya itu kini tertakluk kepada kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Ekoran tersebarnya surat tersebut, ahli keluarga kini berdepan kesukaran untuk bertemu beliau, jelas ahli parlimen Lembah Pantai itu.

"Para peguam juga mendapati sukar untuk bertemu beliau. Mereka hanya diberikan akses selama satu jam dalam seminggu untuk bertemu beliau untuk menanda tangani dokumen dan untuk menerima arahan bapa," kata Nurul Izzah.

Difahamkan Jabatan Penjara telah menjalankan inkuiri dalaman berhubung kebocoran surat tulisan tangan Anwar itu yang mengejutkan banyak pihak minggu lalu.

Kini, Anwar juga perlu melalui proses pemeriksaan badan sebelum dibenarkan meninggalkan penjara, kata sumber yang rapat dengan pemimpin pembangkang itu.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menjadi satu kesalahan membawa sesuatu barang masuk atau keluar dari penjara tanpa kebenaran Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, dalam kes 'warkah dari penjara', Nur Jazlan berkata Anwar telah diberikan pelbagai keistimewaan dan kelonggaran di penjara.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS