Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Paul Low: K'jaan ke arah pendedahan penuh dana politik

Daripada mengehadkan belanja pilihan raya untuk parti politik, kerajaan lebih berminat menguatkuasakan pendedahan penuh dana-dana yang diterima.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low berkata perkara itu akan menjadi ciri utama dalam Akta Derma Politik yang sedang dirangka.

“Seperti yang telah saya kata, pengundi berminat mengetahui sumber kewangan politik setiap individu dan semua parti politik,” kata Low.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup dalam persidangan politik di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.

Pengundi juga berminat mengetahui bagaimana parti politik membelanjakan dana-dana diterima mereka.

Low berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada pemimpin Umno berkaitan sumber derma RM2.6 bilion yang diterimanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS