Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank Islam nafi MD Zukri digugurkan
Diterbitkan:  May 25, 2016 5:44 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Bank Islam Malaysia Bhd menafikan khabar angin bahawa Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat akan diganti.

Pengerusinya Datuk Zamani Abdul Ghani berkata lembaga pengarah telah membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak perkhidmatan Zukri dan pelantikan semula beliau telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

"Ini berikutan kepimpinan kukuh dan kejayaan Zukri dalam mengubah Bank Islam kepada bank Islam yang dihormati di Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini.

Zamani berharap kakitangan Bank Islam akan terus memberi sokongan penuh kepada Zukri.

"Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha ke arah membina dan mengembangkan Bank Islam," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS