Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Kes kematian dalam tahanan masih disiasat
Diterbitkan:  May 25, 2016 5:56 PM
Dikemaskini: 3:27 PM


Tiada tindakan tatatertib telah diambil setakat ini ke atas pegawai dan anggota polis yang didakwa terlibat dalam kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur semasa dalam tahanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kes yang berlaku pada 2014 itu masih dalam siasatan.

"Dalam kes Syed Mohd Azlan, kes ini masih lagi dalam peringkat siasatan.

"Tiada tindakan tatatertib diambil ketika ini sehingga siasatan selesai dan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya diperolehi," katanya ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Mac lalu, Zahid dalam jawapan bertulis parlimen kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) memberi jaminan bahawa siasatan akan dilengkapkan dan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

Ini adalah selepas Pejabat Peguam Negara menghantar kembali kertas siasatan awal polis berhubung kematian Syed Mohd Azlan ketika berada dalam tahanan.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan, 25, "dibunuh" oleh anggota polis yang memukulnya di lokap polis di balai Sungai Rengit, Johor, pada 3 November 2014.

Syed Mohd Azlan, seorang pengimpal, ditahan selepas satu laporan polis dibuat berhubung pergaduhan yang melibatkan senjata api pada September tahun itu.

Beliau ditangkap oleh 13 anggota polis yang menyerbu bilik sewaannya di Pengerang, Johor.

Menurut laporan EAIC pada Oktober tahun lalu, Syed Mohd Azlan didapati mengalami 61 kecederaan di muka, badan dan kaki - ada yang konsisten dengan luka mempertahankan dirinya daripada serangan fizikal oleh anggota polis.

EAIC juga menemui bukti bahawa anggota polis membersihkan tempat kejadian sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa Syed Mohd Azlan.

Pihak polis juga menghapuskan tikar getah dan permaidani yang dipercayai berlumuran dengan darah si mati.

Mereka juga "menyembunyikan saksi kejadian" petik laporan EAIC itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS