Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Hebahan tukar kod negeri bagi Pahang di WhatsApp palsu'
Diterbitkan:  May 25, 2016 6:13 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Hebahan mengenai penukaran kod negeri kelahiran bagi Pahang dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini adalah palsu dan tidak benar, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN menyatakan sehingga kini, tiada sebarang perubahan pada kod negeri kelahiran Pahang iaitu 06, 32 dan 33.

"Orang ramai diingatkan agar berwaspada dan tidak mempercayai hebahan yang dibuat menerusi aplikasi whatsapp tersebut," kata jabatan itu dalam kenyataannya hari ini.

Menurut JPN maklumat penting yang melibatkan rekod pengenalan diri individu adalah tidak wajar dipermainkan kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai boleh membuat semakan kod-kod negeri kelahiran di Malaysia melalui portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau capaian terus ke url http://www.jpn.gov.my/kod-negeri/.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu pendaftaran negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS