Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud muncul semula dalam kertas perintah Parlimen, pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini walaupun PAS bertegas mahu meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

Kedua-dua kerusi Parlimen itu mempunyai lebih 30 peratus pengundi bukan Melayu.

Rang undang-undang itu, disenaraikan sebagai item No 15, iaitu yang terakhir dalam kertas perintah itu, yang bermakna ia mungkin tidak sempat dibentangkan.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi memperkenalkan RUU itu dalam dua sidang Dewan Rakyat, masing-masing pada 7 April dan 17 Jun 2015. Tetapi usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.

RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan. Ini dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS