Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid nafi dwi standard ke atas Anwar, kata tiada tahanan rumah
Diterbitkan:  May 26, 2016 11:38 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan berlaku dwi standard dalam pemberian parol kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo tetapi menafikan permohonan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk  diletakkan di bawah tahanan rumah.

Dalam jawapan bertulis kepada Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), Zahid berkata persepsi itu adalah tidak tepat sama sekali kedua-dua perkara itu badalah berbeza.

"Sepertimana kelayakajn dan pertimbangan yang diberikan untuk semua banduan, asas utama pertimbangan oleh  Lembaga Parol untuk seseorang menjalani parol adalah bergantung kepada jenis kesalahan, pencapaian pemulihan dan tempoh hukuman.

"Bagi Dr Khir Toyo, berdasarkan pencapaiannya dan rekod penjara, Lembaga Parol telah mendapati bahawa beliau telah berjaya mencapai tahap pemulihan yang baik, di samping memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menjalani pemulihan secara parol," kata Zahid yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri.

Dr Khir diberikan parol pada 29 Mac selepas menjalani hukuman penjara enam bulan di Penjara Kajang kerana kesalahan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebidang tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lalu.

Baki hukumannya dijalankan di rumah keluarganya di Shah Alam, dan antara syarat yang ditetapkan adalah bahawa beliau tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media.

Di bawah sistem parol, seseorang banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara dan dibenarkan tinggal bersama keluarganya serta di bawah pengawasan seorang pegawai parol.

Dalam jawapannya kepada Sim, Zahid juga mengulangi bahawa tiada banduan di Malaysia diletakkan di bawah tahanan rumah tanpa diberikan parol terlebih dahulu.

"Oleh itu, tidak wajar dirumuskan bahawa ia adalah double standard (terhadap Anwar),” kayanya.

Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kesalahan liwat tidak layak untuk mendapat parol, seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Keempat Akta Penjara 1995.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS