Paling Popular
Terkini
story images
story images

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo berkata dia tidak terlintas pun untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.

Ditemui media selepas berakhir parolnya selama dua hari Khir berkata apa yang dimahukannya kini adalah berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

"Saya tak terfikir pun tentang itu," katanya mengenai pilihan raya kecil Sungai Besar yang dijadual diadakan pada 18 Jun ini.

Khir adalah menteri besar ke-13 Selangor yang berkhidmat antara Ogos 2000 hingga Mac 2008 apabila BN dikalahkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

Beliau kemudian dilantik sebagai ketua pembangkang dan meletakkan jawatan pada pada 2010 selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam.

Selepas disabitkan kesalahan Khir yang ketika itu menjadi ADUN Sungai Burung meletak jawatan dan dihukum penjara 12 bulan.

Beliau diberikan parol pada akhir Mac lalu selepas menghabiskan tempoh enam bulan di penjara.

Di bawah peraturan parol Khid mesti melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat ditetapkan sepanjang tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun kata Khir beliau bersedia membantu jentera parti untuk memenangkan BN jika diminta.

"Kalau diperlukan saya akan tengok (keadaan) macam mana. Sungai Sesar adalah kawasan saya. Bahagian ini saya yang asaskan dulu. Pecah daripada kawasan tanjung karang, kawasan saya.

"Saya ada ahli keluarga di situ dan saya masih menziarahi mereka," katanya.

Lihat Komen
ADS