Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai 1MDB patut bayar denda, bukan pembayar cukai - DAP
Diterbitkan:  May 27, 2016 11:13 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Denda yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap 1MDB sepatutnya dipertanggung jawabkan kepada mereka yang melakukan pecah amanah dan salah urus firma itu, kata Lim Kit Siang.

Ketua ahli-ahli parlimen DAP itu berkata,  jumlah denda itu juga tidak sepatutnya dirahsiakan kerana para pembayar cukai berhak untuk tahu bayaran yang harus ditanggung.

“Pembayar cukai negara ini berhak tahu kenapa Bank Negara tidak mendenda mereka yang bertanggung jawab melakukan salah urus dan pecah amanah dalam 1MDB, sama ada menteri kewangan atau perdana menteri sejajar dengan Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, lembaga pengarahnya atau pegawai utama pengurusan firma itu," katanya dalam kenyataan.

Artikel 117 tersebut menuntut agar semua komitmen kewangan syarikat harus mendapat kelulusan daripada perdana menteri.

Ekoran siasatan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah had recommended the clause be removed, and the government has pledged to do so.

Kenyataan Lim itu sebagai mengulas keengganan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim untuk mendedahkan nilai denda yang dikenakan ke atas 1MDB.

Denda berkenaan, antara lain, ekoran kegagalan 1MDB untuk mematuhi arahan bank pusat itu untuk membawa pulang dana berjumlah AS$1.8 bilion (RM7.76 billion) yang ditempatkan di luar negara.

Mengulas lanjut, Lim berkata, keengganan Muhammad itu telah meninggalkan titik hitam dalam kerjaya gabenor baru yang memulakan tugas pada 1 Mei yang lalu, sebagai mengambil alih tugas Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS