Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hanipa Maidin semakin pulih, dibenar pulang ke rumah
Diterbitkan:  May 27, 2016 11:53 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin semakin positif dengan beliau telah mendapat kebenaran daripada pihak hospital untuk pulang dan berehat di rumahnya.

Pembantu peribadinya, Ahmad Khuzaimi Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ben berkata, bagaimanapun, Hanipa telah dinasihatkan untuk terus menjalani terapi di rumah dan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

"Pada masa ini, isteri dan anak-anak beliau berharap agar hanya pihak keluarga terdekat dan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan sahaja yang melawat beliau di rumah.

"Para pelawat juga dipohon agar menghubungi keluarga Hanipa terlebih dahulu sebelum datang dan keluarga beliau ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau," jelasnya dalam kenyataan.

Sebelum ini Hanipa dikejarkan ke IJN selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan HKL.

Hanipa telah menjalani pembedahan dan difahamkan mengalami pendarahan otak.

Lihat Komen
ADS