Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nombor plat 1 hingga 222 hanya untuk YB, dan diberi percuma?

Nombor pendaftaran plat kenderaan baru yang bermula dengan huruf 'F' dan 'V' menerima sambutan hangat dengan ada ahli parlimen yang meminta kerajaan memberikan percuma atau dengan diskaun.

Seorang ahli parlimen lain pula meminta kerajaan mengkhaskan nombor pendaftaran itu dari 1 hingga 222 hanya kepada anggota Dewan Rakyat.

Secara berseloroh, ahli parlimen itu berkata, rasional disebalik cadangan itu ialah pihak berkuasa tidak akan menyaman kenderaan mereka kerana tahu plat sedemikian milik siapa.

Semua cadangan ini dibuat di Dewan Rakyat malam semalam dalam perdebatan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016.

"Saya rasa generasi muda sangat meminati pelaksanaan nombor plat ini," kata anggota parlimen BN, Datuk Irmohizam Ibrahim dari Kuala Selangor.

"Jika boleh, biarlah ahli parlimen yang mahu memiliki nombor plat 'F' dan 'V', boleh beli dengan harga diskaun.

"Atau, ada permintaan dari kawan (untuk membolehkan anggota Dewan Rakyat) diberikan nombor plat itu secara percuma jika sesuai," tambah beliau.

Bersetuju dengan cadangan itu, seorang lagi anggota parlimen BN, Datuk Abdul Rahman Mohamad dari Lipis menggesa kerajaan mengkhaskan nombor plat dengan huruf 'F' atau 'V' kepada ahli-ahli parlimen sahaja sejajar dengan adanya 222 kerusi parlimen.

"Saya cadangkan kepada timbalan menteri supaya nombor plat 1 hingga 222 hanya digunakan oleh ahli-ahli parlimen.

"Maknanya, saya (dari Lipis, disenaraikan sebagai) P79, maka saya kena ambil 'F79'," jelas Abdul Rahman.

"Orang yang dapat nombor plat '1' adalah bertuah... nombor saya tidak cantik," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS