Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bukan air agama, hanya tenaga positif - SJKC Pandamaran
Diterbitkan:  May 27, 2016 12:56 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Pengetua SJKC Pandaraman di Klang menafikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak berhubung dispenser air di sekolah.

Menurut Lim Siok Hui, sebuah organisasi dari Singapura yang menaja peralatan itu cuba mempromosi 'getaran positif' dan tidak ada kait-mengait dengan mana-mana agama.

“Tidak ada sebarang elemen keagamaan terbabit,” katanya, memetik laporan Sin Chew Daily.

Lim percaya isu tersebut sengaja digembar-gemburkan untuk menjejaskan imej dan nama baik sekolah rendah Cina itu.

Beliau mendapat tahu mengenai organisasi berkenaan dari guru lain, dan dimaklumkan bahawa ia boleh membantu memupuk tenaga positif dalam diri pelajar untuk mencapai keputusan lebih memberangsangkan.

“Saya tidak ada masalah dengan konsep ini, dan membenarkan organisasi itu untuk datang ke sekolah. Mereka kemudiannya menaja air minuman tersebut.

“Ia bukan berkenaan agama, hanya penajaan biasa,” tambah beliau.

Lim turut mendedahkan bahawa pegawai Kementerian Pendidikan telah datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan dalam isu tersebut.

Semalam, biro aduan awam MCA Klang memaklumkan aduan telah dibuat ke atas guru besar terbabit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS