Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MARA: 2,000 bakal terima surat tawaran lanjut pelajaran
Diterbitkan:  May 27, 2016 3:45 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengeluarkan surat tawaran kepada kira-kira 2,000 pelajar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam dan luar negara, mulai minggu ini.
    
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataaan hari ini berkata pemilihan di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) itu melibatkan pembiayaan sepanjang pengajian sebanyak RM400 juta.
    
Beliau berkata selain pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), skim itu turut melibatkan graduan diploma yang cemerlang daripada Institusi Pendidikan Mara (IPMA).
    
Katanya, pelajar lepasan SPM yang berkenaan juga akan mengikuti kursus persediaan atau prauniversiti yang tertentu di kolej terpilih selama satu hingga dua tahun.
    
"Pemilihan muktamad ke luar negara akan bergantung kepada prestasi pelajar serta kejayaan mendapat tempat di universiti terbaik dunia tertentu serta beberapa syarat lain," katanya.
    
Beliau berkata surat rasmi akan disampaikan pada minggu depan dalam majlis yang sedang diatur mengikut zon.
    
- Bernama

Lihat Komen
ADS