Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tugas Wahid sebagai menteri berakhir 4 Jun, kembali ke sektor korporat
Diterbitkan:  May 27, 2016 6:35 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan menamatkan tugasnya dalam kerajaan pada 4 Jun ini dan bakal kembali ke sektor korporat tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun, Abdul Wahid akan kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh beliau pada setiap minggu.

"Saya menerima keputusan Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada tahun 2013.

"Namun begitu, Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu," jelas Najib.

Abdul Wahid dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Abdul Wahid pernah menyatakan hasratnya untuk berkhidmat bagi satu penggal sahaja ketika beliau menerima pelantikan tersebut pada tahun 2013.

"Saya telah memaklumkan keputusan ini kepada Kabinet hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abdul Wahid di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.

"Saya yakin dan percaya Abdul Wahid akan terus memberi sumbangan terhadap usaha-usaha pembangunan negara," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS