Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Laporan polis ke atas WSJ berhubung surat sulit

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan bahawa Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Ini berhubung surat yang diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang kononnya dari Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Ariffin.

WSJ yang dituduh sebagai sebahagian daripada kempen untuk menggulingkan Najib telah menulis tweet berhubung surat itu dan ini kemudiannya ditweet semula ketua editor WSJ Asia, Tom Wright pagi ini.

"Gabenor telah membuat laporan polis. Polis akan menyiasat," kata perdana menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur.

"Ini sangat serius, menerbitkan dokumen OSA (yang) sulit. Mereka harus menjawab,” katanya.

Surat itu kononnya mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki oleh jutawan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star Ltd yang kemudiannya telah dibubarkan adalah milik bekas rakan kongsi usaha sama 1MDB iaitu PetroSaudi International.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS