Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP cabar MCA tuntut PM jelaskan RUU Hadi hudud atau bukan
Diterbitkan:  May 30, 2016 10:06 AM
Dikemaskini: 2:10 AM


Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah dicabar untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan sama ada rang- undang-undang ‘hudud’ sememangnya melibatkan kanun keseksaan Islam atau tidak.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata ini berikutan tindakan Liow dan menteri-menteri bukan Umno pada minggu lalu yang mengancam untuk meletak jawatan kabinet mereka sekirangnya rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan di Parlimen.

Lim berkata Najib pada Jumaat lalu mendakwa rang undang-undang itu hanya salah faham besar oleh MCA, Gerakan dan MIC.

"Adakah Perdana Menteri betul apabila beliau mendakwa bahawa rang undang-undang Hadi itu bukan hukum hudud?

“Atau adakah menteri-menteri yang mengancam untuk meletakkan jawatan itu betuk kerana berpendapat tindakan Hadi itu akan merintis jalan kepada pelaksanaan hudud?” soal Lim dalam ucapannya pada ceramah DAP di Sekinchan malam tadi.

"Liow berkata beliau akan berjumpa Najib untuk menyampaikan kebimbangan ahli MCA berhubung rang undang-undang Hadi.

"Beliau perlu mendapatkan penjelasan Najib dalam agenda tiga perkara: mesyuarat kabinet pada 20 Mei menolak rang undang-undang Hadi, sama ada rang undang-undang Hadi adalah mengenai kira hudud dan untuk mengembalikan status quo dengan pemecatan (menteri) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin," kata Lim.

Semalam, Lim mendakwa pemimpin BN telah menimbulkan kebimbangan berhubung pembentangan rang undang-undang Hadi sebelum sesi parlimen pada Khamis lalu di mana Azalina mencadangkan mempercepatkan rang undang-undanghari itu dan ini disokong oleh Rosnah.

"Apa yang Liow dan Mah lakukan dalam tempoh 24 jam sebelum Azalina mengemukakan usul [...]?" soalnya.

Lim berkata tindakan menteri-menteri BN mengancam untuk meletak jawatan kabinet adalah tidak berguna, jika mereka tidak berdepan dengan Perdana Menteri dan mendesak bagi pemecatan Azalina dan Rosnah.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS